Pernah Jadi KAYA. Tp Sekelip Mata Jadi MISKIN Semula. Ini Puncanya Yg Buat Ramai TERKEJUT !!!
Nama aku Farhan. Sejak sekolah lg aku suka berniaga dan selalu doa kat Allah supaya jadikan aku kaya raya. Umur 23 tahun, Allah makbulkan doa. Bayangkan usia muda duit cash banyak. Mmg joli. Tapi sekejap je Allah tarik balik kekayaan tu. Ramai peniaga akan terkejut bila aku cerita asbab sebab aku miskin semula…. Baca selanjutnya. Kongsikan supaya jadi iktibar kpd semua.
Pernah Jadi KAYA. Tp Sekelip Mata Jadi MISKIN Semula. Ini Puncanya Yg Buat Ramai TERKEJUT !!! | Seperti dikongsikan oleh FB Farhan Kamil (LINK). Nama aku Farhan. Dulu lepas aku grad aku malas nak mintak keja makan gaji sbb aku minat bisnes. Memang dari zaman study aku dok buat bisnes. So, aku pikiaq lepas grad nak continue ja bisnes. Sapa yg friend dgn aku dari dulu tau la bisnes apa yg aku buat sebelum ni. Memang masyuk. Tapi bukan mlm or juai benda bukan2.
Besa la orang bisnes ni macam2 strategi yg depa buat sbb nak bagi sale meletup. Aku pon rangka jugak strategi aku sendiri. Lepas dah usaha suma, macam biasa la lepas sembahyang aku akan mintak doa kat Tuhan bagi aku kaya. Niat aku memang nak kaya. Banyak mana kaya jangan tanya.
Tuhan Maha Mendengar. Aku dapat apa yg aku mintak. Sale aku dari 50 satu hari jadi 2500 satu hari. Syok gila umoq aku baru 23 masa tu tapi dah boleh pegang untung 2500 satu hari. Macam2 aku beli sbb aku ni gila gadget. Benda yang paling aku nak masa tu iphone 5 so aku beli la. Orang kata pakai iphone ni kaya. Hahaha.
Masa tu aku rasa duit ni macam tak dak nilai sebab muda lagi dah pegang duit banyak. Kalau member ajak lepak confirm aku payung punya sbb kaya kan. Lama2 aku dah start lupa diri. Dulu aku ada niat nak tolong orang susah tapi lps duit banyak tinggai niat ja la. Untung 2500 satu hari nak bagi kat masjid 10 pon berat.
Aku jadi kaya sat ja. Tak lama lepas tu bisnes aku start drop. Mula dengan supplier kencing barang. Mintak lain dapat lain. Barang tak boleh nak return pulak. Then partner aku pulak buat masalah pi kencing orang. Nama aku dah start busuk time tu. Untung 2500 satu hari dah jadi macam dulu balik 50 satu hari.
Aku siap return balik duit kat customer sampai terpaksa berhutang. Ada jugak member aku buat bisnes yg sama lari tak mau return duit customer. Masa tu memang aku melengung ja. Dah la duit habis siap hutang lagi dengan orang. Pening tu jangan cakap la. Macam nak teriak pon ada.
Aku jadi marah kat Tuhan. Aku mintak kaya aku dapat tapi at last apa pon tarak. Lama jugak aku ambik masa nak pikiaq balik apa salah aku. Pikiaq punya pikiaq aku jumpa jawapan dia. Memang deep jawapan dia sampai sekarang aku malu bila pikiaq pasai bisnes aku yg dulu.
Salah aku yang terbesaq sebab niat aku buat bisnes sbb nak kaya. Tuhan bagi aku kaya. Then, Tuhan tarik balik. So, apa aku mintak Tuhan memang bagi. Tak boleh nak salahkan Tuhan. Sebab apa Tuhan tarik balik??? Sebab aku menipu dalam bisnes tanpa aku sedaq.
Macam mana dulu aku boleh tipu customer tapi aku sendiri tak sedaq??? Taktik ni sampai la ramai gila “SELLER ONLINE” dok pakai lagi. Mudah ja. Hg post juai 1 barang tapi takdak sapa komen nak beli. So hg pon mintak member2 hg berjemaah tolong komen nak beli & bagi feedback sekali. Padahai itu suma dusta yg fana.
Bila ramai komen confirm la ada yg melekat. Aku bila reply confirm la bgtau yg barang aku ni baguih takdak cacat cela langsung padahai ada. Aku bagitau banyak dah aku juai padahai tak banyak pon. Kalau aku lambat reply aku bgtau yg aku bz sbb ramai yg PM aku. Nak kena reply 1 per 1. Padahai aku tengah lepak ja dengan member sebab takdak sale sangat. Feedback suma banyak dari member sendiri.
Aku jadi sedaq pasai ni sbb ada sorang Ustaz yg teguq aku dulu. Dia bagitau yang cara aku marketing tu haram. Sebab ada unsur penipuan. Mintak member2 komen berjemaah sebab nak bagi banyak PM bukan nak beli pon. Feedback pulak member2 yg bagi. Memang terbaik. Suma ni sebenaqnya nak trick customer ja. Tengok ramai komen & bagi feedback baguih, dari tak jadi beli terus nak beli. Siap beli borong pulak tu.
Bila dah menipu sebab nak bagi laku keras punya, so duit yg aku dapat pon jatuh hukum haram. Sebab tu Tuhan bagi aku kaya tapi Tuhan ambik balik. Duit haram ni masuk cepat keluaq lagi cepat siap negatif lagi. Bahaya woo. Memang banyak masuk tapi sat g keta aku tiba2 rosak. Aku tiba2 sakit sampai nak kena masuk wad. Barang pulak ada yg kena curi. Memang scary.
Lps aku jatuh dalam bisnes dulu aku ambik masa untuk tenangkan hati. Aku stop bisnes pi makan gaji kat Shah Alam. Dalam setahun lebih aku kat sana diuji dengan macam2 dugaan aku ambik keputusan untuk letak jawatan & mulakan balik bisnes dengan cara yang betul. Dekat Shah Alam jugak la Tuhan temukan aku dengan Sifu yg buat bisnes gadget.
Sifu aku tu la yang banyak mengajaq aku pasai bisnes ikut cara yang betoi supaya duit yg dapat tu halal. Dia yg kenalkan aku dekat supplier suma. Alhamdulillah semoga Tuhan sentiasa murahkan rezeki dia. Sifu aku ni dulu ex-engineer Shell. Gaji last dia kat Shell 10k. Sekarang dia buat bisnes untung pon dalam 10-15k jugak. Tapi cuma bukak meja tepi bank ja 8.30 malam – 12.30 malam. 4 jam ja 1 hari. Respect betoi aku.
Alhamdulillah sekarang dah masuk setahun lebih kedai aku Gadgets Cabin beroperasi. Aku puas hati walaupon untung aku tak banyak macam dulu tapi suma keperluan aku cukup. Bila rezeki yg Tuhan bagi ni berkat sumanya akan cukup. Rezeki Tuhan bagi ni bukan duit sahaja. Sihat pon rezeki jugak. Umoq panjang pon rezeki jugak. Anak pon rezeki.
Yang penting sebelum start apa2 niat dahulu. Niat kita buat bisnes ni kerana Allah. Dalam masa yg sama niat jugak untuk kita mencari rezeki yg halal & tak lupa tolong sesama kita. InsyaAllah bila niat kita betoi, Tuhan akan buka pintu rezeki kita seluas-luasnya. So, pada semua seller online yg masih pakai taktik haram yg aku guna sebelum ni boleh2 dah kot stop. Banyak lagi cara yg baguih untuk kita pikat customer.
Oleh FB Farhan Kamil
loading...
Post a Comment