Inilah 3 Sebab Kenapa Mak Sayangkan Bekas Tupperware. Nampak Simple Tapi Orang Perempuan Je Yang Faham...
Ketika waktu sekolah pasti anda pernah membawa bekal makanan dan ibu anda memesan “jangan lupa bawa balik bekas Tupperware mak tu” dan sekiranya anda hilangkan bekas tersebut pasti sedikit sebanyak anda akan mendengar leteran mengenai kehilangan bekas makanan itu.
Kami juga turut pernah hilangkan bekas Tupperware sewaktu zaman persekolahan sehinggakan si ibu berasa jemu dan akhirnya beliau bekalkan makanan di dalam bekas lutsinar pakai buang.
Anda pasti tertanya-tanya mengapa ibu anda sayang sangat pada koleksi Tupperware dan topik ini juga sering menjadi perbualan apabila kaum-kaum ibu berkumpul sambal menyelak katalog Tupperware terbaru.
oleh itu kami kongsikan beberapa sebab mengapa ibu anda sayang sangat Tupperware ini.
1. Harganya yang agak mahal
Harga setiap set Tupperware sebenarnya agak mahal sedikit berbanding bekas makanan jenama lain. Ini kerana kualiti bekas makanan jenama ini tidak dapat dinafikan.
Selain itu ada set yang dikeluarkan dalam tempoh yang terhad, jadi ada logiknya mengapa ibu anda marah apabila set tupperwarenya hilang kerana anda hilangkan barang yang mahal sebenarnya.
2. Kualiti yang tinggi
Satu keunikan set Tupperware ini adalah kualiti bahan yang digunakan iaitu plastik yang mematuhi food grade. Bahkan memang tahan lama sekiranya dijaga dengan elok.
Kami turut mempunyai satu bekas minuman Tupperware (eco-bottle) yang dipakai sejak zaman belajar sehinggalah bekerja dan masih elok lagi sehingga kini.
3. Design yang menarik
Tidak dinafikan design bekas makanan yang dikeluarkan Tupperware memang menarik dengan pilihan warna yang pelbagai. Selain itu reka bentuk produknya juga sangat praktikal untuk kegunaan harian sebagai bekas makanan ataupun dijadikan peralatan dapur.
Jadi sekiranya anda dibekalkan dengan bekas Tupperware percayalah itu adalah tanda ibu anda sayangkan anda dan jangan lupa jaga bekas tersebut dengan baik.
Jadi sekiranya anda dibekalkan dengan bekas Tupperware percayalah itu adalah tanda ibu anda sayangkan anda dan jangan lupa jaga bekas tersebut dengan baik.
loading...
Post a Comment