Niat Nak Tolong Peniaga Bazar, Tapi Wanita Ini Dicerca Gemuk & Pelahap
SIAPA tak panas hati kan, dalam niat nak menolong peniaga bazar ramadan, tiba-tiba diejek gemuk dan pelahap oleh orang yang meniaga tu..
Situasi ini terjadi pada seorang netizen Innanie Ariffin yang berkongsi cerita di laman Facebook, bila mana dia diejek gemuk dan pelahap oleh peniaga kebab di sebuah bazar baru-baru ini.
Menurut Innanie, tujuannya cuma satu iaitu ingin membantu peniaga kebab tersebut yang dilihatnya tidak mempunyai seorang pelanggan pun yang singgah ke gerainya sepanjang pengamatannya di bazar tersebut.
Baca kisah Innanie seperti yang dikongsikannya ni…
Sebagai peniaga, walaupun mungkin anda cuma bergurau tapi tak semua pelanggan boleh menerima gurauan kasar macam yang dikatakan terhadap wanita tersebut.
Kan dah tak pasal-pasal kurang seorang pelanggan berpotensi yang boleh memberikan keuntungan kat gerai anda sendiri.
Yang penting kedua-dua peniaga dan pelanggan perlulah saling hormat-menghormati dan tahu adab dan etika dalam berjualan agar perkara sebegini tidak berulang di lain hari.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
loading...
Post a Comment