Header Ads

Lelaki Ini Kongsi Kisah Isteri Meninggal Selepas 3 Minggu Bersalin Yang Pasti Akan Buat Anda SEBAK !!!

Assalamualaikum. Terbaca kisah pengalaman bro teman isteri masuk LR. Beza pengalaman aku, isteri dijemput Ilahi selepas bersalin, sedih kalau pandang wajah anak . Isteri saya meninggal selepas 3 minggu bersalin. Kami usaha nak dapat anak hampir 4 tahun lepas kahwin. 

 
Gambar Sekadar Hiasan
 
Macam-macam cara kami usahakan termasuk perubatan moden, kampung. Siap berurut lagi. Bila tahu isteri mengandung memang bersyukur, saya cuba banyakkan masa dengan isteri. Isteri suri rumah. Sebab kami mahukan yang terbaik untuk anak, saya daftar isteri untuk bersalin di salah satu private hospital. Kalau saya sebut nama hospital itu, rata-rata mesti kenal.

Masa nak bersalin, semua normal saya pun ada sama dalam LR. Lepas bersalin isteri ok sihat, anak sihat. Balik je kat rumah seminggu lepas tu badan isteri mula lemah dan sesak nafas. Saya bawa isteri ke hospital dan doctor detect ada jangkitan kuman dalam darah. Puncanya… masa isteri bersalin baki darah tidak dibersihkan seeloknya. Umpama masih bersisa darah kat dalam. Allah, berat sungguh dugaan, hanya seminggu isteri dapat bersama anak kami. Anak yang masih tak kenal wajah ibu, yang masih memerlukan susu ibu.

Sungguh demi Allah, aku tak kuat. Mujurlah ada keluarga dan rakan2 yang banyak beri semangat. 2 minggu cuba melawan tp bila sel kulit dah mati, hampir seluruh tubuh isteri jadi hitam. Akibat jangkitan kuman. Aku cuba tak menangis masa bersama isteri ketika menemaninya d NICU, sebab doctor kata mungkin dia koma tapi dia boleh dengar dan rasa apa yang kita cakap. 

Tapi aku tak mampu, bila teringat anak kami yg masih kecil, sapa yang nak jaga anak nanti kalau isteri tiada? 100% bergantung pada mesin oksigen akhirnya isteri pergi juga.

Aku cuba sabar dan istighfar sebab tiada satu pun di dunia milik kita, semua milik Allah. Tpi aku bersyukur sebab aku sempat teman isteri masa dia nak melahirkan. Ye, aku baca pasal kerinduan sorang suami pada isterinya yang meninggal masa bersalin tu. 

Aku dapat memahami perasaan tu sahabat. Dan ramai minta aku saman private hospital yang aku daftar tu tapi kalau aku saman pun isteri tak mungkin kembali. Dan hanya akan buat aku sedih kalau kes ni dibuka. Masa isteri pregnant, aku jaga makan pakai dia, apa yg dia nak makan, aku usahakan sampai jumpa tapi hanya sebab kesilapan mereka, aku dan anak kehilangan isteri dan ibu.

Anak sekarang mak aku dan mertua bergilir jaga, aku dalam prosess untuk tukar tempat kerja kat kampung untuk senang aku jaga dan uruskan anak sendiri. Alhamdulillah, Allah hadirkan anak yg seiras isteri aku. Sedikit sebanyak rasa rindu terubat bila tengok wajah anak. Untuk lelaki kat luar sana, layan dan hargai isteri korang, kita tak tahu sampai bila jodoh kita. Alfatihah untuk isteri.

Sumber : Facebook Info Ibu Hamil
loading...

No comments