Header Ads

Kawan Sendiri Bakal Jadi Adik Ipar Tapi Abah Pula Minta Hantaran RM10k

Aku nak cerita pasal hantaran kahwen. Utk permulaan aku nie lelaki dan aku ada adik perempuan. Nak dijadikan cerita boyfriend adik aku plak kawan aku sendiri. But aku ok sbb kawan aku bukan teruk sangat perangai dan aku yakin dia boleh jaga adik aku. 

Satu hari yg hening... Jodoh adik aku sampai dulu. Diaorang bertunang. Dan parents aku atau lebih tepat ayah aku telah tetapkan hantaran sebanyak 10k. Bagi sesetengah korang maybe 10k tu sikit. But for me and for my frend 10k tu banyak oii since kami baru nak start bekerja. Aku tanye ayah aku kenapa letak hantaran tinggi sangat. Tapi ayah aku diam je. Ayah just bagi senyuman.


Then tiba la hari pernikahan. Bile dah selesai semua majlis baru aku tau yang ayah aku cume amek 5k dari duit hantaran utk buat belanja kenduri. Yang mana tak cukup ayah aku topup kan. 5k lagi ayah aku bagi kat adik aku ngn suami dia. Ayah aku pesan kat depa. 5k nie terpulang kamu nak buat apa. 

Puas aku pikir kenapa ayah aku buat mcm tu... Then aku tanya la mak aku pasai aku dah segan ngan ayah aku. Mak aku ckp, ayah aku cume nak tengok kesungguhan bakal suami adik aku dalam perkahwinan. Kalau dia bersungguh cari duit nak bernikah insyaAllah si suami akan bersugguh cari rezeki selepas nikah. Keperitan mencari duit untuk kahwen adalah langkah pertama menghadapi dugaan kahwen. 

So apa yg aku belajar, sometime kite kene tgk dari sudut org tua kita. Cara mereka menilai. Dan bukan semua org tua nk jual anak. Aku berbangga mak dan ayah aku bukan jenis kejar duit hantaran. 

Sekian, kembali ke sri pentas
Kredit: Putra Confession - UPM
loading...

No comments