Header Ads

7 Jenis Buah dan Sayur Yang Membantu Kembalikan Warna Putih Gigi Anda Secara Semulajadi

Memiliki gigi yang putih sememangnya dapat membantu meningkatkan keyakinan diri seseorang. Namun sayangnya, warna putih tersebut sukar didapatkan kerana makanan yang diambul seperti kuah bersantan atau kopi yang dapat membuat gigi menguning.


Tetapi jangan terlalu risau dengan permasalahan ini, ada beberapa makanan yang boleh diambil untuk membuat gigi terlihat lebih putih secara semulajadi. Makanan apa ya?

Brokoli

Kandungan zat besi yang cukup tinggi pada brokoli dapat membantu menghilangkan kotoran kuning dan bakteria berbahaya pada gigi. Memakan brokoli mentah mampu berfungsi sebagai ubat gigi semulajadi yang bermanfaat untuk membersihkan gigi.

Jeruk

Kulit jeruk mengandungi beberapa variasi dari vitamin C yang dapat menjadi tambahan semulajadi untuk memutihkan gigi. Caranya, bersihkan kulit jeruk hingga  benar-benar bersih kemudian gosokkan bahagian dalam kulit jeruk pada gigi untuk menghilangkan kotoran plak gigi dan mengurangkan munculnya karang gigi.

Strawberi 

Ubat gigi yang diperbuat dari strawberi dan baking soda telah dipercayai selama bertahun-tahun untuk memutihkan gigi secara semulajadi. Rasa masam dalam buah tersebut berperanan sebagai pemutih semulajadi. Namun kerana strawberi juga mengandung gula yang manis, mengosok gigi dengan ubat gigi pada umumnya juga tetap disarankan. Hancurkan buah strawberi dan tampal pada gigi. Biarkan selama 15 minit dan kemudiannya boleh bilas, jangan lupa gosok gigi dengan ubat gigi. Untuk pengetahuan semua, kandungan asid malatnya tinggi dan cara ini boleh dilakukan seminggu atau dua minggu sekali.

Lobak Merah

Sayuran berwarna oren ini memiliki permukaan yang kasar untuk membersihkan kotoran pada gigi yang menguning. Cubalah untuk menggosok lobak yang memiliki warna paling muda kepada gigi secara cepat. Jika dilakukan dengan rutin, perlahan warna gigi yang menguning mulai memudar.

Pisang


Ya, pisang boleh memutihkan gigi korang. Caranya? Korang ambil pisang dan gosokkan di gigi selama dua minit. Kemudian cuci gigi dari sisa-sisa pisang. Sebenarnya pisang mengandungi mineral yang membantu menyihatkan gigi serta mengembalikan warna asal gigi korang. Bukan itu sahaja,, kulit pisang juga boleh memutihkan gigi kita.

Pinang


Korang ambil beberapa biji buah pinang. Kemudian, sangrai hingga hitam. Tumbuk hingga halus dan gosokkan pada gigi korang. Pastikan rata dan ketika menggosok, guna sabut buah pinang sebagai alat penggosok. Lepastu korang bilas sampai bersih okay! Lakukan cara ini 2 minggu sekali.

Epal

Korang kena rajin makan epal. Buah ini mengandungi zat yang boleh menguatkan gigi da memutihkan gigi. Isi epal mampu membunuh kesan-kesan kuning pada gigi ketika individu sedang mengunyah epal tersebut.
loading...

No comments