Header Ads

Takut Salah Faham, Baca Makna Sebenar Pemberian Bunga Ros!


Siapa yang tidak gembira kalau tiba-tiba menerima jambangan bunga Ros yang cantik dan harum baunya. Kalau ianya dikirimkan ke alamat pejabat maka bergosiplah rakan-rakan yang lain dengan kehadiran jambangan bunga ros tu. Betul tak? :)

Pemberian bunga ros memang sinonim untuk melambangkan tanda cinta, kasih sayang dan menghargai kepada si penerima. Namun begitu, tahukah anda setiap kuntum pemberian dan warna bunga ros mempunyai makna tersendiri.

Bagi si penerima bunga pula, pasti anda tertanya – tanya dan teringin untuk mengetahui rahsia sebenar isi hati si pemberi.  Namun begitu si pemberi juga perlu mengetahui warna dan bilangan bunga ros yang diberi. Kalau tersalah tafsir kang susah pula ye.

1. Bunga Ros Merah

Membawa maksud cinta dan sayang. Kebiasaannya bunga ros merah untuk menyampaikan kata “I Love You”. Namun kerana bunga ros sering dikaitkan dengan warna merah, maka ia juga turut diberikan untuk menunjukkan rasa penghargaan dan juga untuk majlis rasmi.

2. Bunga Ros Merah Jambu (Pink)

Bunga ros pink kebiasaannya diberi untuk menyampaikan rasa terima kasih, simpati dan juga melambangkan rasa gembira. Ros pink sering dikaitkan dengan si penerima yang mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi.

3. Bunga Ros Kuning

Bunga ros kuning pula melambangkan persahabatan dan juga permulaan kepada suatu yang baru, contohnya perhubungan yang baru. Bunga ros kuning juga boleh diberikan untuk mengucapkan tahniah di atas sesuatu kejayaan.

4. Bunga Ros Putih

Bunga ros putih sering digunakan untuk meluahkan rasa cinta yang suci. Sesuai dengan maksudnya, bunga ros putih sering dijadikan gubahan di hari perkahwinan.

5. Bunga Ros Ungu

Biarpun memberi atau menerima bunga ros ungu bukan sesuatu yang sering kita lihat atau dengar, tetapi bunga ros ungu tetap membawa maksud yang tersendiri iaitu sebagai tanda cinta pandang pertama.

6. Bunga Ros Oren 

Bunga ros oren pula sering diberi sebagai tanda pengharapan iaitu untuk meluahkan rasa ingin memiliki perhubungan yang lebih bermakna. Bunga ros oren juga sesuai diberi kepada rakan kongsi sebagai tanda kerjasama dalam perniagaan.
loading...

No comments