“Zaman Ditinggalkan Kawan, Masuk Belajar Tak Dapat, Sampai FMC Telefon Untuk Projek Muzik, Terima Kasih Ya Allah s.w.t” - Haqiem Rusli
Penyanyi muda berbakat besar, Haqiem Rusli menerusi laman instagramnya meluahkan perasaan dari kepayahan yang ditempuh hingga mendapat kejayaan besar sekarang sebagai seorang penyanyi.
Haqiem memuat naik video akustik pertama lagu “Segalanya” dengan kapsyen yang sungguh menyentuh perasaan.
“Zaman first time dapat lagu Segalanya ni + takde duit + selekeh + ditinggalkan(kawan/ehem + masuk belajar tak dapat + kerja baskin robin (dua minggu je kerja sebab kena maki salah buat aiskrim) dan sampailah FMC call aku untuk projek musik.
“Macam-macam aku tempuhi dulu. Aku bersyukur dengan hidupku sekarang. Terima kasih ALLAH SWT,”
“Macam-macam aku tempuhi dulu. Aku bersyukur dengan hidupku sekarang. Terima kasih ALLAH SWT,”
Orang ramai membanjiri ruangan komen dengan memberi nasihat yang positif, malah ada juga artis yang meninggalkan kata-kata semangat malah mengucapkan tahniah kepada Haqiem diatas kejayaan yang membanggakan.
loading...
Post a Comment