Header Ads

“Mummy, Where Is God? Atas Atap Ke?” — Masya-Allah! Usaha NING BAIZURA Untuk Anaknya RYAN Buat Kita Terkesima!..

Ini adalah temubual diantara In Trend dan Ning Baizura.

"Didikan penting yang saya nak beri kepada Ryan adalah pendidikan yang saya tidak dapat ketika kecil. Pendidikan agama itu nombor satu. Kedua, Ryan kena faham yang dia datang daripada dua budaya berbeza. Namun budaya tetap budaya, dan agama itu nombor satu. 


Bagi suami, Omar Sharif Christopher Layton Dalton, dia tiada masalah dengan cara didikan yang mengutamakan agama kerana dia berasal dari keluarga yang pergi ke gereja. Sebagai bapa dan suami, dia tahu saya beragama Islam, maka walau apa pun yang terjadi saya kata dia perlu didik Ryan mengikut ajaran Islam. Alhamdulillah, dia suka sebab dia boleh belajar sekali, hahaha... 

 Anak adalah amanah. Dan tanggungjawab saya sebagai ibu adalah memberi didikan terbaik dan mengutamakan ajaran Islam. Alhamdulillah, Ryan tidak berdepan masalah untuk mendalami ajaran Islam. Dia masih kecil baru berusia empat tahun, tapi saya mahu dia tahu asas mengenai Islam. Mungkin masyarakat di luar sana beranggapan lain, ya saya tidak kisah apa orang nak kata, okey!

Cuma sebagai ibu, saya mahu dia tahu bahawa dia perlu belajar agama, kena belajar mengaji, belajar Iqra’ macam anak-anak yang lain. Sekurang-kurangnya Ryan tahu apa itu Al-Quran, apa itu solat. 

Sejak Ryan dilahirkan, saya dah mula terapkan didikan Islam. Macam semua orang, kalau dia jumpa hidayah, ia akan datang bila-bila masa. Bagi saya, itu bagaikan panggilan hidayah untuk saya. Saya bukan nak kata yang saya mahu berubah 100 peratus dengan serta-merta. Saya anggap ini proses pembelajaran selain untuk saya memahami diri sendiri. Saya pun dapat sama-sama belajar agama dengan Ryan dan masuk kelas mengaji.

Apabila kesedaran ini lahir dalam jiwa, maka saya lihat ia seperti cahaya, saya rasa itu antara saya dengan Allah SWT. Saya rasa bangga dengan pencapaian anak saya sebab itu saya kongsi video Ryan mengaji agar peminat tahu apa yang sedang berlaku dengan hidup Ryan, tidak ada niat untuk menunjuk-nunjuk. Sebab saya tahu saya tidak sempurna. Nobody is perfect! Saya seronok kerana saya mahu kongsikan perkara yang baik-baik sahaja. 

Dan untuk kelas pembelajaran agama ini, ustaz datang mengajar di rumah. Saya belum lagi nak pergi mendengar ceramah agama di luar. Mungkin saya belum bertemu dengan ustaz yang boleh mengajar saya dan suami. Saya dengar Ustaz Hussein Yee sangat bagus.

 Mungkin suatu hari saya mahu dengar ceramahnya dan saya mahu suami saya turut serta. Setiap Sabtu dan Ahad, Ustaz Hussein Yee akan adakan sesi berdialog, perkongsian dan saya tahu dia fasih berbahasa Inggeris. Ini memudahkan suami memahami topik yang dibincangkan. Insya-Allah, suatu hari nanti saya berdoa agar pintu hati ini terbuka untuk mengikuti sesi ceramahnya. 

Sebagai permulaan, saya lebih selesa apabila ada ustaz yang boleh datang dan mengajar di rumah. Saya boleh bertanyakan apa jua soalan yang saya mahu. Untungnya ustaz yang mengajar ni bersifat terbuka. Saya dapat tahu mengenai ustaz melalui Umie Aida yang mana ustaz mengendalikan kelas agama untuk anak-anaknya.

Suatu hari saya tanya kepada Umie, “Boleh tak kita kongsi ustaz untuk belajar agama?” Dan Umie kata, “Okey, tiada masalah untuk berkongsi dalam mendalami agama.” Sejak itulah, ustaz memulakan kelas agama di rumah saya sekitar enam bulan lalu. Buat masa sekarang, ustaz datang dua minggu sekali, bagi saya itu sudah memadai.

Saya bersyukur kerana Ryan berpeluang mendalami agama dan tahu asas agama yang dianuti oleh ibunya. Malah ibu saya, Satilah Abdullah turut serta dalam kelas agama ini. Ya, emak saya adalah mualaf. Emak kurang arif dalam beberapa perkara berkaitan agama, mungkin ayah saya tidak memberi tunjuk ajar selengkapnya. Jadi, inilah peluang buatnya untuk mendalami ilmu agama. 

Kami seronok belajar agama kerana suasana pembelajaran yang santai membuatkan kita tidak rasa tertekan. Ustaz juga tidak paksa kita pakai begitu begini, dia terima kami seadanya. Dia datang ke rumah saya bersama dengan isterinya. Kami belajar solat, Iqra’ dan kadang-kadang bercerita mengenai kisah-kisah Nabi.

Kalau nak tahu, saya sekarang belajar Iqra’ 3. Saya nak belajar mengenai makna dalam Al-Quran kerana itulah kelemahan saya. Nak membaca Al- Quran, alhamdulillah saya boleh. Sebagai ibu, saya rasa seronok apabila Ryan faham pengertian Al-Fatihah misalnya. Kalau ada kesempatan dan dapat pulang kerja awal maka suami akan turut menyertai kelas agama ini. Maklumlah kelas dibuat pada harikerja. 

Kisahnya begini. Suatu hari, Ryan balik dari sekolah, ketika itu usianya tiga tahun, dan Ryan bertanyakan kepada saya, “Mummy, where is God?” Saya jawab, “God is up there,” sambil tangan menunjuk ke atas. Ryan bertanya lagi, “Mana? Atas atap ke?” Saya balas semula, “No, he is bigger than universe.” Lantas Ryan berkata, “Oh, he is a Space Man, hahaha...” 

Saya terkedu namun masih menjawab, “He is not a Space Man, Ryan.” Bertitik tolak dari situ, saya tahu yang saya perlu mendalami agama, barulah boleh jawab soalan anak. Saya rasa Ryan membuat saya menyedari banyak perkara. Disebabkan itu, saya mahu menjadi ibu yang boleh menjawab soalan anak.

Saya tidak mahu orang lain yang mengajar Ryan, biarlah saya sebagai ibunya yang memberi pendidikan asas dalam agama. Malah suami saya juga mualaf, maka ini adalah tanggungjawab saya untuk mengajar suami dan anak mengenai Islam." 

Baca Seterusnya Di : In Trend 
loading...

No comments